Friday 5 July 2013

crushing beb !

Saja nak membebel malam malam ni . Boring kay . dah lah takde orang kat rumah ni . tinggal aku dengan 2 orang cousin aku lagi . LIFELESS .

Actually aku rindu dia yang jauh di mata . Sangat jauh kay . Bukan jauh dekat Singapura ke apa ke tapi kat Denmark . Diulangi DENMARK ! Kalau lah dia tahu aku rinduu dia . woii rindu kau lah gemuuk . AND  kau tau tak aku crushing dengan kau since aku form 3 . lama kan ?

 BUT i know , we'll never be together . Kita tunggu awak kay ! :)

Monday 1 July 2013

cerita lama ?

sejarah lama yang aku nak buang jauh jauh dan taknak ingat now muncul semula . why ? tell me why ! susah aku nak lupakan . kenapa kau ingatkan ia balik ? why bro why ? i'm still respect you as my senior and forever will respect you as my senior . urghhhh . frustttt . !!!!!!

Monday 24 June 2013

KESAN BURUK AKIBAT TIDUR LEWAT !

1. Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.

2. Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.

3. Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.

4. Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.

5. Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.

6. Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.



Thursday 2 May 2013

politik di sana sini

Setiap 5 tahun , malaysia pasti akan dipenuhi dengan bendera , banner dari pelbagai parti politik yang mencuba untuk menakluki hati rakyat . Barisan Nasional , Parti Islam Malaysia , Parti Keadilan Rakyat dan pelbagai parti politik yang lain mengeluarkan belanja yang banyak untuk memastikan mereka terus berada di hati rakyat sehingga mereka mencaci satu sama lain , mengenepikan hukum dan syariat agama sendiri . Adakah kerana politik pemimpin kita menjadi alpa tentang hal yang lebih penting ? Dunia selepas dunia yang kejam ini ? Mengejar pangkat untuk apa ? 5 April pasti melakar sejarah baru . Undi untuk semua bukan kerana diri kita .